5 Kontinjen Bakal Berentap di Kejohanan Sukan Muhibah Staf UiTM Cawangan Sarawak

Kelab Kakitangan UiTM Sarawak (KEKiTA) dengan kerjasama Unit Sukan dan Kampus Mukah bakal mengadakan Kejohanan Sukan Muhibah Staf UiTM Cawangan Sarawak pada 26 sehingga 30 Ogos 2023, yang bertempat di UiTM Cawangn Sarawak Kampus Mukah. Ia bakal menampilkan 5 kontinjen iaitu Kampus Samarahan, Kampus Samarahan 2, Kampus Mukah, Konsesi Samarahan 2 dan Konsesi Mukah. Kelima-lima kontinjen ini akan beraksi bagi merebut pingat dalam 11 acara yang akan dipertandingkan.

Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan dan meningkat perpaduan di kalangan kakitangan UiTM Cawangan Sarawak melalui aktiviti sukan. Ianya juga dilihat dapat dijadikan salah satu platform persediaan bagi pencarian staf yang boleh mewakili UiTM Cawangan Sarawak dalam sukan-sukan jemputan. Di samping itu, kejohanan ini turut diadakan untuk meraikan ulang tahun penubuhan UiTM Cawangan Sarawak yang ke-50 serta untuk mengamalkan budaya ‘Sporting Campus’ di UiTM Cawangan Sarawak dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Acara yang akan dipertandingan adalah Badminton Berpasukan, Bola Tampar Campuran, Futsal Lelaki, Bola Jaring, Sepak Takraw Regu, Dart Berpasukan, Karom Berpasukan, Larian, Tenis Berpasukan, Memanah dan Ping Pong Berpasukan. Pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan untuk peserta, staf, ahli keluarga dan pengunjung.

Jumpa di sana!