Kunjungan Hormat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UiTM kepada rakan sejawat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lawatan ke AKUATROP

29 August 2022 –  YBhg Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman melakukan kunjungan hormat kepada rakan sejawat beliau di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Profesor ChM. Dr Marinah binti Mohd Ariffin.

Dalam pertemuan ini, UiTM dan UMT bersetuju untuk berkolaborasi dalam bidang-bidang tertentu dalam usaha memacu penyelidikan dan inovasi di kedua-dua universiti. Turut serta dalam lawatan ini, delegasi Pejabat ICAN yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah dan Profesor Madya Dr Mahadir Ladisma@Awis, Pengarah Community Network Centre (CNC).

Antara barisan pengurusan penyelidikan dan inovasi UMT yang turut hadir adalah Profesor ChM. Dr. Suhaimi bin Suratman, Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Profesor Dr. Yeong Yik Sung, Pengarah Institut Bioteknologi Marin / Ahli Bersekutu HICoE AKUATROP, Profesor Madya Dr. Amirrudin bin Ahmad, Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Profesor Madya Dr. Che Hasniza binti Che Noh, Pengarah Penerbit UMT, dan Profesor Madya Dr. Hasrizal bin Shaari, Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan.

Kunjungan hormat ini adalah sebahagian dari rangka kerja sempena lawatan penanda aras Pejabat TNCPI UiTM ke Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), yang merupkan salah sebuah Pusat Kecemerlangan Tinggi (HICoE) di Malaysia. Lawatan penanda aras ini merupakan salah satu agenda pemerkasaan bidang tujahan di UiTM bagi melonjakkan pencapaian universiti.

Turut serta dalam delegasi ini adalah Timbalan Pengarah Impak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), YBhg Profesor Dr Nor Azura Md Ghani, Timbalan Pengarah Operasi Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), YBrs Dr Umi Marshida Abd Hamid, Timbalan Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReneU)- Cyber Technology, YBrs Prof Madya Dr Syed Mutalib Al Junid, Timbalan Pengarah Sosial Kreativiti & Inovasi, YBrs. Prof Madya Dr Wan Liza Md Amin, Pengarah-pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) UiTM, antaranya; YBhg.Profesor Ir Ts. Datin Dr Wahidah Mansor, Pengarah, Microwave Research Institute (MRI), YBhg. Profesor Engr. Ts. Dr. Mohamad Rusop Mahmood, Pengarah, Institute of Science (IoS), YBhg. Profesor Sr Dr Zulkiflee Abd Latif, Pengarah, Institute of Biodiversity & Sustainable Development (IBSD), dan YBhg. Profesor Dr Jasni Mohamad Zain, Pengarah Institute for Big Data Analytics and Artificial Intelligence (IBDAAI), manakala Pusat-pusat kecemerlangan lain diwakili oleh felo dan penyelidik masing-masing di samping pegawai sains dan staf pentadbiran.

Delegasi UiTM sempat mengunjungi makmal penyelidikan AKUATROP, yang merupakan makmal termaju dalam bidang aquakultur di Malaysia selepas mendengar sesi perkongsian dari Pengarah AKUATROP, YBhg. Profesor Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah. Antara tempat yang telah dilawati oleh delegasi adalah kawasan pameran Institute of Oceanography & Environment (INOS) dan Makmal Ship Bridge Simulator. Pihak delegasi UiTM mengucapkan terima kasih kepada Kapten Dr Ismail yang telah menunjukkan simulasi operasi perkapalan dalam pelayaran.

Sebelum meninggalkan UMT, delegasi UiTM telah mengadakan satu mesyuarat bersama Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri UMT. Mesyuarat ini dimulakan dengan perkongsian pengoperasian pusat ini oleh YBrs. Dr Zuha Rosufila Abu Hasan Pengarah, YBrs Profesor Madya Ts. Dr Amir Izzwan Zamri- Timbalan Pengarah, dan En Muhd Nurazuar Mohammad Razmi- Penolong Pendaftar.

Ketika sesi perkongsian, YBhg. Profesor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah, TNC ICAN berpandangan UiTM bersedia bekerjasama dengan UMT dalam jalinan dan jaringan industri dan projek komuniti yang bermanfaat kepada masyarakat selain bertukar-tukar pandangan dalam memperkasakan jaringan industri bersama universiti.