Lawatan Kerja Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka Ke Ladang Nanas Np Asia Sdn Bhd

Pada 5 September 2022, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bersama Unit Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu lawatan kerja ke Ladang Nanas MD2 NP Asia Sdn Bhd yang bertempat di Rawang Perdana, Rawang, Selangor. Lawatan kerja ini adalah merupakan salah satu aktiviti bersama rakan kerjasama MoU UiTM Pahang, Syarikat Presica Sdn Bhd yang merupakan konsultan agronomi utama bagi Ladang Nanas NP Asia Sdn Bhd.  Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian FPA, Ts. Fazidah bt Rosli dan disertai oleh 2 orang pensyarah FPA, 9 orang pelajar latihan industri FPA serta 9 orang staf Unit Pengurusan Ladang (UPL).
Di antara objektif utama lawatan ini dilakukan adalah bagi melawat tapak tanaman serta berkongsi kepakaran dan sumber mengenai aplikasi teknologi terkini tanaman nanas MD2 secara komersial. Selain itu, lawatan ini juga diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pada pelajar untuk melihat dengan lebih dekat aplikasi perkembangan teknologi terkini MD2 serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang amalan pertanian tanaman nanas di Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik N. Navanith Pillay, selaku Pengarah Syarikat NP Asia Sdn Bhd dan Encik Zahrin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Presica Sdn Bhd di atas sambutan serta perkongsian ilmu kepada peserta lawatan.
Adalah diharapkan agar lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta terlibat.