Delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Terengganu, 30 Ogos 2022- Delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan menjalin kolaborasi dalam bidang tujahan penyeledikan yang bersesuaian.

YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman yang mengetuai delegasi PTNCPI berkata untuk memacu kelestarian penyelidikan yang berimpak, universiti seharusnya berkolaborasi dan bersinergi dalam bidang kepakaran masing-masing melalui penyelidikan rentas disiplin di samping pelbagai disiplin yang diterokai.

Turut hadir dalam delegasi PTNCPI, YBhg. Profesor Dr Nor Azura Md Ghani, Timbalan Pengarah Impak Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), menjalankan fungsi Pengarah RMC, YBrs. Dr Umi Marshida Abd Hamid, Timbalan Pengarah Operasi RMC, YBrs. Profesor Madya Dr Wan Liza Md Amin, Timbalan Pengarah Neksus Kreativiti Sosial dan Inovasi, Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), dan ketua-ketua Pejabat TNCPI UiTM.

Dalam lawatan ini, delegasi Pejabat ICAN juga turut serta, diketuai oleh YBhg. Profesor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah dan Profesor Madya Dr Mahadir Ladisma@Awis, Pengarah Community Network Centre (CNC), koordinator dan staf pentadbiran Pejabat ICAN. Ketika lawatan ini, Profesor Ts. Dr Shukor Abd Razak, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UniSZA menyambut baik cadangan untuk berkolaborasi dalam bidang persekitaran dan ekstrak bahan semula jadi seperti daun gelam.

Turut hadir ketika perbincangan, YBrs. Prof Madya Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany, Pengarah Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Sistem Kualiti, YBrs. Prof Madya Dr Zarina Mohamad, Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan, YBhg. Profesor Dr Hafizan Juahir, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), YBrs. Dr Wan Hishamudin Wan Jusoh, Pengarah Penerbit UniSZA, YBrs. Ts. Dr Zarizal Suhaili, Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat, YBrs. Prof Madya Dr Rahimah Embong, Ketua NIC Peradaban Kontemporari, YBrs. Prof. Madya Dr Azman Azid, Timbalan Pengarah (Inovasi & Pengkomersialan, YBrs Prof Madya Dr Roslan Umar, Timbalan Pengarah ESERI, dan Pn Asmawati Noor Muhamat, Penolong Pendaftra Kanan.

Dalam pada itu, di satu pertemuan yang lain bertempat di Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT), YBhg Profesor Dr Muhamad Hariri Hj. Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM mengetuai delegasi UiTM dalam membincangkan hal berkaitan projek komuniti yang telah dijalankan oleh kedua-dua universiti. UiTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSZA dan pasukan atas perkongsian pencapaian dan strategi pemerkasaan projek komuniti melalui aktiviti pelajar dan alumni.

Delegasi UiTM sempat melawati menara tinjau yang terletak di bangunan hospital pengajar UniSZA, selepas melawati fasiliti hospital itu yang dijangka memulakan operasi seawal tahun 2023. Turut hadir Pengarah Hospital Pengajar UniSZA, YBhg. Profesor Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, Timbalan Pengarah (Pengurusan)nya, YBrs. En. Ahmad Termizi Ab. Aziz, dan staf dan petugas hospital.

Pihak UiTM ingin merakamkan setinggi-tingi terima kasih kepada pihak UniSZA kerana menerima kunjungan kali ini dan layanan yang begitu mesra. Semoga kolaborasi penyelidikan, projek komuniti dapat direalisasikan sebagai bentuk jalinan yang lestari.