KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA RAKAN STRATEGIK UITM CAWANGAN PAHANG: UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PERWOREJO (UMPWR) INDONESIA KE SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT 2

Pada 7 Februari 2023, Universiti Teknologi Mara Pahang telah mengiringi delegasi dari Universitas Muhammadiyah Purworejo (UMPWR), Indonesia untuk sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 (SKJP 2). Pertemuan dua hala ini merupakan sebahagian daripada sesi kunjungan hormat pihak UMPWR untuk menjalin kerjasama strategik dan membincangkan berkenaan program praktikum antarabangsa yang akan dijalankan pada 2hb- 26hb Mei 2023.

Delegasi UiTM yang diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik) diikuti oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Kamal Azman Jusoh (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar) YBrs. Dr. Roslina Abd Aziz (Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa), YBrs. YM Prof. Madya Dr. Tengku Intan Suzila Tengku Sharif (Pengarah Program), Dr. Hasnimulyati Laoding (Liaison Officer UiTM Global), Fatin Aqilah Abdul Razak (Koordinator Unit Komunikasi Korporat) dan Puan Maziana Osman (Ketua Penilai Program) manakala tiga delegasi dari UMPWR iaitu YBhg. Dr. Rofiq Nurhadi (Rektor UMPWR), YBrs. Ibu Tri Ermayani (Timbalan Rektor Hal Ehwal Kerjasama) dan YBrs. Dr. Tusino (Pengarah Hal Ehwal Pengantarabangsaan) telah menghadiri sesi pertemuan bersama pihak sekolah. Pihak delegasi dan UiTM telah disambut oleh Encik Yasin Maarof (Guru Besar SKJP 2) yang turut diiringi oleh Puan Masrina Mohd Salleh (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) serta Encik Nijal Bahari Ismail (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Melalui pertemuan ini, pelbagai agenda telah dibincangkan terutamanya berkenaan perancangan dan penyelarasan pelaksaan program praktikum antabangsa yang akan disertai oleh pelajar-pelajar dari Fakulsitas Latihan Keguruan dan Ilmu Pendidikan, UMPWR yang akan menjalani latihan praktikal di SKJP 2 pada bulan Mei tahun ini. Hasil perbincangan ini telah mencapai kata sepakat dan persetujuan dari segi penyelarasan program sekaligus memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) di antara UMPWR dan SKJP 2 yang telah disaksikan oleh pihak UiTM Cawangan Pahang. MoU yang ditandatangani merupakan titik tolak kepada kolaborasi di antara Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 dan Fakulsitas Latihan Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Muhammadiyah Purworejo serta jalinan usahasama bagi program akademik di masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua belah pihak dan diharapkan sesi perbincangan ini dapat menjana jalinan kerjasama yang lebih mampan dan mencapai objektif penganjuran agar program praktikum yang akan dijalankan pada tahun ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Penulis: Nurain Jantan Anua Jah & YM Prof. Madya Dr. Tengku Intan Suzila