Kunjungan Delegasi UNNES ke Fakulti Pendidikan Cetuskan Pelbagai Potensi Program Kolaborasi

Kunjungan Delegasi UNNES ke Fakulti Pendidikan Cetuskan Pelbagai Potensi Program Kolaborasi
Delegasi UNNES bersama disambut meriah oleh staf Fakulti Pendidikan

Pada 6 Februari 2020, 8 pensyarah dari Fakultas Ilmu Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Semarang (UNNES) diketuai oleh Dr. Sri Susilogati Sumarti telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor. Kunjungan Dr. Sri Susilogati Sumarti dan pensyarah UNNES bertujuan untuk meneroka potensi kolaborasi pelbagai peringkat. Timbalan Dekan Akademik Fakulti Pendidikan  Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris mewakili Fakulti Pendidikan mempengerusikan mesyuarat dan mengetuai jawatankuasa sambutan delegasi Fakultas dari Fakultas Ilmu Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Semarang (UNNES) ke Fakulti Pendidikan UiTM.

Perbincangan kolaborasi diadakan dalam semangat serumpun dan telah berjaya mengariskan beberapa potensi kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua institusi. Antara potensi kerjasama yang akan dikembangkan adalah penyelidikan bersama serta penerbitan jurnal. Potensi memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) yang menyokong program-program mobiliti dan pengantarabangsaan pelajar dan staf secara lebih terperinci turut dibincangkan.

Rombongan dari UNNES turut dibawa melawat kemudahan makmal pendidikan sains dan melihat sendiri suasana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Delegasi turut mengalu-alukan kunjungan balas Fakulti Pendidikan UiTM ke Fakultas Ilmu Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam dan amat berharap kerjasama sebagaimana yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan.