Lawatan Unit (CSR) Pelajar TVET UiTM Pulau Pinang ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Lawatan Unit (CSR) Pelajar TVET UiTMCPP ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2
UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3 Februari 2020- Unit (CSR) Pelajar TVET UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan seramai 10 orang ahli-ahli jawatankuasa telah terlibat dalam lawatan tersebut. Wakil dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2 pula terdiri daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Pewakilan Pelajar.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti keperluan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) disamping merancang gerak kerja bagi merialisasikan keperluan jabatan dan unit masing-masing. Antara persetujuan awal gerak kerja lawatan tersebut adalah program berteraskan asas pendidikan kanak-kanak istimewa, keselamatan bengkel, kursus CPR dan program kolaborasi yang dapat membangunkan dan meningkatkan lagi sahsiah dan keterampilan pelajar.

Perkara ini seiring dengan misi dan visi plan strategik UiTM 2025 yang ingin memartabatkan lagi program-program High-End-TVET dan TVET. Kolaborasi antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2 adalah gerak kerja awal sebelum dipertingkatkan lagi dengan penglibatan keseluruhan Kolej-Kolej Vokasional Zon Utara yang merangkumi KV Zon Kedah, KV Zon Perlis dan KV Zon Pulau Pinang.

Lawatan Unit (CSR) Pelajar TVET UiTMCPP ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2
Bersama Pengarah KV SP2
Lawatan Unit (CSR) Pelajar TVET UiTMCPP ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2
Aktiviti bersama kanak-kanak asuhan