“Kolaborasi Ilmu: Membentuk Pemikiran Holistik Melalui Pendidikan dan Pembelajaran lintas-bidang”

SERI ISKANDAR, 27 November 2023 – Pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif telah berlangsung pada 27 November 2023 dan 28 November 2023 di Bengkel Gunasama, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program yang telah mensasarkan kolaboratif antara jabatan ini telah dimulakan pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang yang dihadiri seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari Diploma Ukur Bahan dan Diploma Bangunan. Dengan ini pengajaran kolaboratif adalah dari Model 2 iaitu dari Pensyarah dari Fakulti yang sama dan menggunapakai Model 2 iaitu kolaborasi untuk pelajar kod DBT143 dan DQS202 dari segi kaedah penyampaian. Penyampaian yang diajar di dalam pengajaran kolaboratif ini adalah berfokus pada asas bahan kepada struktur bangunan; Reinforced Concrete.

Pengajaran dan pembelajaran Abad ke 21 menekankan empat perkara utama iaitu komunikasi, pemikiran kritikal, kolaborasi dan kreativiti. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai ramai pensyarah pelbagai kepakaran dan kemahiran di seluruh UiTM. Ini adalah satu-satunya keistimewaan UiTM richness in diversity. Justeru itu, amalan pengajaran kolaboratif diperkenalkan, mengambilkira kesediaan universiti dan keperluan kerjasama kepakaran di samping mengoptimumkan sumber UiTM. Pengajaran Kolaboratif yang juga dikenali sebagai team-teaching atau co-teaching, merujuk kepada pendekatan pengajaran yang melibatkan beberapa orang tenaga pengajar dalam kalangan pensyarah dan bersama menyampaikan ilmu untuk memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Aspek yang ditekankan dalam pengajaran kolaboratif adalah pembelajaran berasaskan hasil pembelajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, Flexibility – anywhere, anytime, anyhow, pendekatan kaedah penyampaian secara bersemuka setempat atau secara jarak jauh dan terbuka (Open Distance Learning (ODL)). Di samping itu ,aspek lain adalah penggunaan Mod Pembelajaran Teradun dan mempunyai lebih dari satu tenaga pengajar iaitu mengajar dalam pasukan.

Asas pegajaran kolaboratif dizahirkan melalui of Scheme of Work, bilangan tenaga pengajar, komunikasi yang baik dan toleransi serta tolak ansur.
Pengajaran kolaboratif ini telah mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan dari Jabatan Ukur Bahan dan Jabatan Bangunan bagi membolehkan sesi penyampaian kolaboratif dilaksanakan sebaik mungkin mengikut prosedur. Aktiviti utama bengkel ini dilaksanakan dengan sesi taklimat dan demonstrasi mengenai asas bahan kepada struktur bangunan ; Reinforced Concrete oleh pensyarah Bangunan iaitu Ts Muhammad Naim Mahyuddin, yang merupakan pakar bidang Konkrit dalam Pembinaan Struktur Bangunan dan dibantu bersama oleh Ts Dr Farrah Rina Mohd Roshdi.

Objektif taklimat dan pembentangan menyentuh aspek asas bahan kepada pembentukan konkrit, kaedah slump test menguji tahap ketahanan konkrit untuk pembinaan struktur bangunan, campuran lain di dalam konkrit iaitu bahan-bahan seperti pasir, batu dan air agar mematuhi prosedur yang betul ke arah ketahanan dan keteguhan struktur binaan. Susulan daripada taklimat dan demonstrasi dari kedua-dua pensyarah, pelajar diminta untuk melakukan aktiviti praktikal untuk sesi pembancuhan konkrit di bengkel. Di samping itu, pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian untuk menjalani aktiviti secara berkumpulan yang meliputi aktiviti pembancuhan dan testing. Ini bertujuan untuk memastikan demonstrasi yang telah diajari diikuti melalui aktiviti berkumpulan dan di dalam masa yang sama para pelajar dapat memahami aspek penting di dalam kerja pembancuhan konkrit yang menjadi bahan utama di dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Program ini telah mencapai sinergi kepakaran, mentor-mentee antara pensyarah, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos , keperluan fasiliti dan perkongsian antara pensyarah. Untuk jangka masa panjang, kebaikan pengajaran kolaboratif ini juga merangkumi pengajaran kolaboratif antara kampus atau universiti dengan memberi peluang kepada pelajar daripada kampus yang berbeza atau universiti yang berbeza melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Di samping itu, memberi peluang kepada pensyarah untuk Inovasi di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.