Klinik Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan Tingkatkan Kualiti Penulisan Akademik Pelajar

Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor telah menganjurkan Klinik Latihan Ilmiah pada Selasa, 20 Oktober 2020 yang lalu. Sesi ‘klinik’ yang dilaksanakan melalui kaedah atas talian telah disampaikan oleh Dr. Sharifah Muzlia Syed Mustafa, dari Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan. Dr. Sharifah Muzlia juga merupakan Koordinator Program Pascasiswazah (Penyelidikan) di Fakulti Pendidikan.

Sesi perkongsian Ini disasarkan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester akhir yang mendaftar untuk kursus Latihan Ilmiah. Di dalam kursus ini, pelajar dibantu oleh seorang penyelia di kalangan staf akademik dan perlu menjalankan kajian penyelidikan. Oleh itu, Klinik Latihan Ilmiah ini berperanan sebagai program intervensi yang membantu meningkatkan kualiti penyelidikan dan penulisan akademik serta menepati piawaian yang ditetapkan. Selain daripada itu, sesi webinar ini turut dibuka kepada pelajar pascasiswazah fakulti.

Pebagai maklumat penting, tips serta strategi berkaitan penulisan akademik telah dikongsikan. Sesi yang memfokuskan kepada ‘Reviewing Chapters 1, 3 and 3’ tertumpu kepada teknik dan strategi penulisan; dan cara untuk memahami metodologi kajian sebelum penghasilan tiga bab pertama yang komprehensif. Semoga sesi klinik meningkatkan kualiti penulisan peserta dan menyumbang secara langsung kepada penghasilan laporan penyelidikan yang berkualiti.