Program Masyarakat Prihatin Terbit Keinsafan

Penyampaian sumbangan ikhlas daripada wakil Pusat Pengajian Ukur Bahan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara Shah Alam kepada wakil Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Selangor

Pulau Meranti – Seramai 5 pensyarah Pusat Pengajian Ukur Bahan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA telah berkunjung ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Selangor bagi menjayakan program Masyarakat Prihatin.

Program berlangsung selama satu hari melibatkan pelbagai aktiviti pensyarah seperti suai kenal, sesi perkongsian hati, senaman ringan, dan lawatan fasiliti bertujuan memupuk rasa kasih sayang, keprihatinan dan memberi sokongan moral kepada penghuni. Kesemua aktiviti berjaya dijalankan dengan mematuhi normal baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran Covid19. Program diakhiri dengan penyerahan wang dan makanan sumbangan ikhlas daripada para pensyarah Pusat Pengajian Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA.

Semoga program masyarakat prihatin sebegini dapat dianjurkan lagi untuk memberi kesedaran betapa berharganya seorang ayah dan ibu serta memberi pendedahan kepada masyarakat untuk sama-sama memberi sumbangan dan menyantuni warga tua.