Keusahawanan Atas Talian: Usahawan, Adakah Satu Pilihan Atau Sebuah Kerjaya?

Program yang diberi judul “Keusahawanan Atas Talian: Usahawan, Adakah Satu Pilihan Atau Merupakan Sebuah Kerjaya?” ini telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022 bermula pada jam 10:30 pagi sehingga jam 1 petang bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang keusahawanan. Keusahawanan bukan semata-mata dianggap sebagai aktiviti jual beli semata-mata tetapi membawa maksud yang besar dan tersendiri.

Para pelajar telah didedahkan dengan bidang keusahawanan melalui penganjuran program ini bagi menjelaskan sama ada bidang keusahawanan ini sebenarnya sebagai satu pilihan atau merupakan sebuah kerjaya. Pada masa yang sama, program ini juga telah membantu para pelajar membuat keputusan demi masa depan mereka untuk lebih berjaya dan cemerlang setelah bergelar para graduanMenurut pengarah program iaitu Rabiatul Adawiyah Binti Rozhan dan juga penasihat program iaitu Encik Mohd Nazimi Bin Had Nordin, para pelajar berjaya memperoleh ilmu pengetahuan dan sedikit sebanyak pendedahan mengenai bidang keusahawanan melalui program ini.

Para pelajar juga telah dibantu untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih dan mengatur bidang kerjaya yang bakal diceburi melalui program ini. Akhir kata, program ini sangat menyumbang pemahaman para pelajar dalam memahami selok-belok bidang keusahawanan itu sendiri.