Lawatan Kerja Dan Penandaarasan FPA UiTM Jasin Ke UiTM Cawangan Pahang

Pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak pengurusan FPA UiTM Jasin, Melaka. Rombongan ini disambut oleh barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UCPh bersama barisan pensyarah FPA dan Unit Pengurusan Ladang, UCPh. Lawatan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Mei 2022 (Jumaat) pada jam 8 pagi sehingga 1 petang bertempat di Rumah Tamu, UiTM Cawangan Pahang.

Antara agenda lawatan ini adalah perjumpaan Dekan FPA bersama dengan para pensyarah FPA UCPh serta mengadakan lawatan penandaarasan ke Unit Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan Pahang. Barisan hadirin yang hadir ialah:
1. YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan (Rektor, UiTM Cawangan Pahang)
2. YBrs. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timb. Rektor HEA, UiTM Pahang)
3. YBrs. Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman (Timb. Rektor PJI, UiTM Pahang)
4. YBrs. Dr. Hj. Mohd Kamal Azman (Timb. Rektor HEP, UiTM Pahang)
5. YBrs. En Mohammad Khair bin Mohd Seni (Timbalan Pendaftar, UiTM Pahang)
6. YBrs. Pn Nor Yusnita Mohamed Yusoff (Timbalan Bendahari, UiTM Pahang)
7. YBrs. Ir. Ts. Zulkifli Azamuddin (Pengarah PPII, UiTM Pahang)
8. YBrs. Pn Hjh. Rosnita Ja’afar (Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Pahang)
9. YBrs. Dr Nurrohana Ahmad (Koordinator ICAN, UiTM Pahang)
10. YBrs. Mohd Azizul Sulaiman (Koordinator Korporat, UiTM Pahang)

Barisan tetamu daripada FPA UiTM Jasin terdiri daripada:
1. Prof. Ts. Dr Azhan Hashim @ Ismail (Dekan, FPA UiTM Jasin)
2. Dr Ismail Rakibe (Timbalan Dekan HEP, FPA UiTM Jasin)
3. Fairuz Bin Dato Khalid (Pensyarah Kanan, FPA UiTM Jasin)
4. Ts. Syahrizan Bin Syahlan (Pensyarah, FPA UiTM Jasin)
5. Muhammad Bushairy Badrol Hisham (Pengurus Ladang, FPA UiTM Jasin)
6. Khairul Azmil Kamarudin (Penolong Pegawai Pertanian, FPA UiTM Jasin)
7. Aminul Iskandar Mohamed Hamdan (Penolong Pengurus Ladang, FPA UiTM Jasin)

Turut hadir ialah Cik Nurulatika Minhad (Koordinator Kursus Pengurusan Ladang mewakili Ts. Fazidah Rosli, Ketua Pusat Pengajian, FPA UiTM Pahang), Dr Neni Kartini Che Mohd Ramli (Pensyarah Kanan, FPA UiTM Pahang selaku moderator), En Khairulbakri bin Junos (Pengurus Ladang Kanan, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Pahang), Pensyarah-pensyarah Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Pahang serta Penolong Pengurus Kanan, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Pahang.

Para tetamu telah dibawa masuk melawat ke ladang UiTM Cawangan Pahang. Antara tempat yang dilawati ialah Citrus Valley, ladang kelapa sawit serta tapak kelulut. Semoga objektif lawatan ini tercapai serta dapat mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan FPA UiTM Jasin bersama pihak FPA UCPh.