Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023: FPP UiTM Sarawak Raih Tempat Ketiga

UiTM Samarahan, 17 Disember – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan 1 berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023 peringkat negeri Sarawak yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam kejohanan tahunan yang melibatkan semua fakulti di UiTM Sarawak itu, FPP telah mendahului 8 fakulti lain dengan memenangi 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pencapaian cemerlang ini membuktikan bahawa semangat kesukanan dan kerjasama erat dalam kalangan warga FPP sangat tinggi.

Ketua Pusat Pengajian, Dr Margaret Lucy Gregory merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlit dan pasukan sukan FPP di atas pencapaian cemerlang ini. Pingat-pingat yang dimenangi adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh pelajar.

Dalam kejohanan kali ini, Fakulti Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM Sarawak menyertai dan merangkul kejuaraan keseluruhan dengan memenangi 5 emas, diikuti Fakulti Perladangan dan Agroteknologi tempat kedua.

Dr Margaret juga turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pengurus Pasukan FPP, Dr Azra Tilai dan Encik Rudy Ujang yang bertungkus lumus memastikan kontinjen FPP berjaya tampil cemerlang. Beliau berharap pencapaian ini mampu ditingkatkan lagi pada Sukan Antara Fakulti tahun hadapan bagi merebut kejuaraan keseluruhan buat FPP.

Sumber foto: En Rudy Ujang, Pensyarah FPP merangkap Pengurus Pasukan bersama para pemenang.