Kejohanan Futsal Alumni Piala Timbalan Rektor PJIM&A UiTM CPP

Kejohanan Futsal Alumni UiTM CPP telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri, Komuniti Dan Alumni (PJIM&A). Dengan Kerjasama Persatuan Sukan Dan Kebajikan UiTM CPP & Persatuan Alumni UiTMCPP pada 28/10.2023 bermula jam 8.00 pagi sehinggalah jam 3.00 petang bertempat di gelanggang futsal Kolej Baiduri, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kejohanan Futsal Alumni ini diwujudkan dengan matlamat utama untuk meningkatkan jumlah alumni yang terlibat dalam jaringan bestari. Kami juga berhasrat untuk menggalakkan sumbangan kepakaran daripada alumni UiTM, di mana acara ini akan merangkumi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang. Dengan ini, kami percaya bahawa program ini akan membantu mencapai Petunjuk Prestasi UiTM serta memberikan manfaat yang berkekalan kepada komuniti alumni. Sebagai tambahan kepada tujuan asal program ini, kami ingin menjadikan Kejohanan Futsal Alumni Piala Timbalan Rektor PJI UiTM CPP sebagai platform untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Sebanyak 168 orang yang mewakili 14 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang julung-julung kali diadakan oleh PJIM&A UiTM CPP. Program telah bermulaseawal jam 7.30 pagi dimana pendaftaran peserta bermula. Programini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor PJIM&A UiTM CPP iaitu, Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani. Beliau telah memberikan kata- kata semangat kepada semua pemain serta melakukan sepak mula tepat jam 8.10 pagi. Perlawanan pertama bermula jam 8.15 pagi. Untukformta perlawanan, setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pusingan yang pertama telah diadakan secara liga. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir telah diadakan secara kalah mati.
Pasukan yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada Futtosaru,Team Tadi FT, Pablo FT, PATAMAKO, MATCHAAA, Nakama Ft, SELEK FC, SUB FT, NR FC, KEYEL FT, RP FC, Casemigos FT, ONANA FC, dan Topi Merah FT. Perlawanan akhir adalah diantara NR FC dan Onana FC. Senarai pemenang adalah seperti berikut

Johan : Onana FC
Naib Johan : NR FC
Ketiga Bersama : Casemigos FT dan Keyel FT
Bagi kejohanan kali ini Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM 1000 beserta medal dan pialapusingan, naib Johan wng tunai bernilai RM 700 beserta medal dan ketiga bersama wang tunai bernilai RM 500 beserta medal. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung padajam 2.30 petang oleh Timbalan Rektor PJIM&A UiTM CPP iaitu, Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani.

Galeri Gambar: