Kursus Kepimpinan Dewan Eksekutif Mahasiswa (KKDM)

Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu kursus kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Dewan Eksekutif Mahasiswa (DEM) pada 15 dan 16 April 2023. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu badan yang mewakili kepentingan mahasiswa dalam pentadbiran universiti manakala Dewan Eksekutif Mahasiswa (DEM) merupakan sebuah badan yang menggabungkan seluruh persatuan dalaman di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Kedua-dua badan tersebut telah banyak memberi impak terhadap UiTM dengan penganjuran program berskala besar, penglibatan kepada komuniti setempat dan juga memberi imej yang baik kepada UiTM secara khususnya.

Oleh itu, satu kursus telah diadakan dengan tujuan memberikan panduan kepada MPP dan ahli-ahli DEM mengenai cara terbaik untuk berorganisasi dan berpersatuan. Program yang melibatkan seramai 60 orang peserta dirangka menjurus kepada semua aspek organisasi, termasuk pembangunan, kewangan, pentadbiran, penulisan, teknikal, dan kepemimpinan selari dengan sasaran mencapai Sustainable Development Goals (SDG) 3 dan 4. Selain itu, program ini juga menitikberatkan motivasi dan pembangunan diri para pemimpin dengan harapan dapat meningkatkan semangat mahasiswa UiTM untuk terus aktif dalam pengurusan kelab dan persatuan masing-masing.

Oleh itu, kursus ini akan memberikan impak yang signifikan kepada pemimpin baru MPP dan DEM bagi sesi 2022/2023. Hal ini telah meningkatkan aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh setiap kelab dan persatuan pada sesi ini. Semua tindakan dan perancangan organisasi akan mengikuti standard piawaian yang telah ditetapkan oleh Hal Ehwal Pelajar, serta mematuhi spesifikasi yang dikehendaki. Sejalan dengan itu, program dalaman UiTM akan diselaraskan dengan KPI bahagian Hal Ehwal Pelajar, khususnya untuk semua mahasiswa UiTM.

Disediakan oleh:
En. Muhammad Zainuddin Mohamed Azudin
En. Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamed @ Che Harun
En. Mohd Azharul Azemi
En. Mohd Amirul Asyraf Abd Aziz
Puan Norhafizah Ramli
Puan Noor Farhanna Mohd Anuar