Kejayaan Pelajar Kolej Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis Dalam Pertandingan IIIDBEEX 2023

20 Januari 2023 , Jumaat – Suasana program International Invention, Innovation & Design Exposition For Built Environment & Engineering (IIIDBEEX 2023) di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam berlangsung dengan lancar dan baik.

Program pagi bermula dengan majlis perasmian oleh Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah sebagai Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina. Selepas itu, pembentangan peserta telah diadakan di galeri Kolej Alam Bina yang mana dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu seksyen pelajar siswazah, seksyen pascasiswazah dan seksyen staf. Setiap pembentangan dinilai oleh 2 orang juri professional yang telah dilantik oleh pihak penganjur.

Pada sesi petang, sesi penyampaian hadiah dan pengumuman pemenang telah diadakan di Bilik Kuliah 2, Kolej Pengajian Alam Bina.

Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis dan warga KAB mengucapkan tahniah kepada pelajar dan penyelia atas kejayaan meraih 2 pingat Emas, 6 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa pada program ini.