Karnival Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana

14 Disember 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine dan Sekretariat Perwakilan Kolej Jasmine, Kampus Puncak Perdana UiTM Cawangan Selangor telah menjayakan Karnival Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana. Program ini dijalankan bagi memberikan pendedahan yang luas kepada para pelajar tentang kelab persatuan yang berdaftar di Kolej Jasmine.

Program dijalankan bertujuan memperkenalkan kelab-kelab persatuan dan Unit pengurusan yang berdaftar di Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana kepada pelajar, meningkatkan minat dalam diri pelajar untuk menyertai kelab persatuan di UiTM Puncak Perdana, memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar tentang kerjaya dan hala tuju selepas tamat pengajian di UiTM, dan mencungkil bakat pelajar dalam bidang yang ingin diceburi serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang industri-industri yang sedang berkembang pesat.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati merasmikan program tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap penganjuran program ini dapat mengukuhkan nilai-nilai kebersamaan dan semangat gotong-royong di kalangan komuniti kolej, serta para pelajar akan lebih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan di kolej.

#UCSCemerlang