Majlis Penutup Perak Incubator Entrepreneurial Program 2.0

Malaysian Academy of SMEs and Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya akan mengadakan majlis penutup Perak Incubator Entrepreneurial Program 2.0 (PIEP 2.0) UiTM Perak pada Khamis, 21 Disember 2023 bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) Uitm Tapah . Majlis ini merupakan majlis penutup bersempena program yang telah berlangsung selama 6 bulan bermula pada Julai 2023 hingga Disember 2023. PIEP 2.0 adalah sebuah program yang berteraskan bimbingan keusahawanan secara berterusan yang disertai oleh 30 pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Tapah yang sudah memulakan perniagaan mereka.

Menerusi program ini, peserta telah dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada 30 orang pensyarah yang mempunyai perniagaan di luar kampus. Peserta telah dibimbing oleh mentor perniagaan masing-masing supaya perniagaan lebih berdaya saing dan berjaya merekodkan peningkatan dari segi jualan dan keuntungan dalam tempoh masa enam bulan tersebut.

Antara anugerah yang diberi adalah termasuk Anugerah Inovasi Perniagaan Terbaik, Anugerah Keuntungan Terbanyak, Anugerah Pembentang Terbaik, Insentif perniagaan, Hadiah Peserta dan Hadiah Mentor Terbaik. Senarai nama pemenang akan turut dihebahkan melalui FB Uitm Cawangan Perak. Peserta dan mentor akan diberikan hadiah mengikut kategori yang dipertandingkan. Begitu juga dengan sesi penyerahan mock cheque bagi peserta yang berjaya memperolehi pinjaman Tabung Keusahawanan Siswa.