Majlis Serumpun Kasih Pra-Graduasi 2023, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang

14 Disember 2023 – Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (CESS) telah menganjurkan program ‘Majlis Serumpun Kasih Pra-Graduasi 2023’ yang telah diadakan pada jam 8.00 hingga 10.30 malam bertempat di Dewan Indera Segara, UiTM Pahang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para pelajar semester lima yang bakal menamatkan pengajian masing-masing. Majlis yang bertemakan ‘Masquerade’ ini dihadiri oleh 168 orang tetamu daripada kalangan pelajar, staf Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) serta ahli keluarga bagi meraikan para pelajar.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs Profesor Madya Dr Nazirah Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pahang. Selain persembahan nyanyian daripada pelajar yang menghiburkan, majlis ini turut diselangi dengan video imbauan kenangan khusus untuk pelajar semester akhir selain cabutan bertuah untuk sepuluh pemenang bertuah. Majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah ‘Pakaian Tercantik’ kepada staf dan pelajar. Para pensyarah turut berkongsi rasa bangga kepada para pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Syabas dan tahniah kepada semua.

Terima kasih kepada YBrs Profesor Madya Dr Hajah Nazirah atas kesudian bersama dan merasmikan majlis ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada rakan pensyarah yang membantu melancarkan majlis ini. Majlis seperti ini wajar diadakan setiap semester sebagai tanda penghargaan dan memberi motivasi kepada para pelajar yang lain. Tahniah diucapkan kepada pensyarah yang terlibat dan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang (CESS).

Galeri Gambar: