Majlis Perasmian Penutup IIDEX2023

Puncak Alam, 15 Disember 2023 – Setinggi penghargaan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) atas kepercayaan kepada UiTM Cawangan Selangor dalam penganjuran Majlis Perasmian Penutup iidex2023. Program iidex2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UiTM, di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Turut hadir adalah wakil Bank Islam Malaysia Berhad selaku penaja utama dan wakil Malaysia Palm Oil Board.

Program iidex2023 yand dijalankan selama 4 hari dengan tema berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) telah memanifestasikan kesungguhan UiTM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. Sebanyak 478 penyertaan dengan 16 anugerah dipertandingkan pada iidex2023. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Junior Inventor, Young Inventor (Undergraduate & Postgraduate), Staff Inventor (Invention), Staff Inventor (Innovation), Staff Inventor (Design), Staff Open Inventor (Invention), Staff Open Inventor (Innovation), Product Pitching, Best Contigent Award dan BIMB Grand Award. UiTM Cawangan Selangor telah menghantar sebanyak 20 penyertaan. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan Inovasi UCS yang merangkul tempat ke-3 dalam kategori Best Contigent Award.

#UCSCemerlang