Jalinan Kerjasama Strategik Di Antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Uitm Cawangan Pahang Dan China Communications Construction CCC-ECRL) Sdn. Bhd

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang ( PPKA UCPh ) telah menerima kunjungan hormat dari wakil China Communications Construction ( CCC-ECRL ) Sdn.Bhd. pada 16 Jun 2022 . Kunjungan hormat ini berlangsung di Bilik Perbincangan PPKA UCPh.

Syarikat CCC-ECRL ialah merupakan sebahagian daripada gergasi pembinaan China Communications Construction Company Ltd ( CCCC ). CCC-ECRL ialah kontraktor untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 km yang menghubungi laluan rel dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Mereka hadir membuat kunjungan hormat ke PPKA ini adalah untuk mengadakan beberapa usahasama strategik terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduasi dari PPKA. Pihak syarikat juga mempelawa untuk para pelajar dan kakitangan PPKA dan UiTM Cawangan Pahang untuk hadir menjalankan latihan praktikal di syarikat ini.

Pelbagai perkara lain juga telah dibincangkan di antara PPKA dan wakil Syarikat CCC-ECRL untuk memastikan usahasama dan ikatan di antara universiti dan syarikat swasta terjalin erat.

Syarikat CCC-ECRL ini diwakili oleh :
1. Pn. Jamy Lee, Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Manusia
2. En. Mohd Sakeri Mohd Yunus, Timbalan Pengurus
3. Dr. Doh Shu Ing, Timbalan Dekan ( Penyelidikan dan Pengajian Postgraduat ) Universiti Malaysia Pahang yang juga perunding Syarikat CCC-ECRL.

PPKA UCPh pula diwakili oleh :
1. Ts. Zulhafizal Othman – Ketua PPKA
2. Ts. Dr. Rohaya Alias – Koordinator Akademik PPKA
3. En. Wan Zukri Wan Abdullah
4. Dr. Nor Maslina Mohsan
5. Ts. Haji Ahmad Amzari Yaccob
6. Pn. Farah Wahida Mohd Latib
7. Ts. Dr. Duratul Ain Tholibon
8. Ts. Aimi Munirah Jalilluddin
9. En. Mohd Risham Jaafar.

Terima kasih para wakil Syarikat CCC ECRL atas kunjungan dan jalinan kerjasama ini serta memberikan peluang kepada kakitangan, mahasiswa dan alumni PPKA untuk meningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan.