Seminar Kepimpinan Belia Anjuran Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan ( i-LEAD ) Dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang

Seminar Kepimpinan Belia yang bertemakan kepimpinan dan keterampilan pelajar telah dijalankan di Dewan Kolej Tun Teja bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang pada 18 Jun 2022.

Seminar ini merupakan program anjuran bersama Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan ( i-LEAD ) Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) – Kem Wawasan Negara Maran dan Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang ( BHEP UCPh ).

Program tersebut telah dihadiri seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai jurusan pengajian. YBrs. Dr. Hj. Mohd Kamal Azman Jusoh, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Pahang turut menghadiri program tersebut dan menyantuni para pegawai dan penceramah dari pihak I-Lead KBS.

YBrs En Sufian Yusof selaku Penolong Ketua Kem Wawasan Negara Maran telah menyampaikan kata-kata aluan dan YBrs En Amar Sharuddin selaku Pegawai Eksekutif BHEP UCPh telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penutup kepada para peserta.

Dua penceramah yang dibawa oleh pihak i-Lead telah menyampaikan perkongsian tentang dunia kerjaya kepada para peserta iaitu:

1.Penceramah slot 1 : YBrs. En. Zharif Rahim yang merupakan Pengurus Projek Pahang Go

2.Penceramah slot 2 : YBrs. Puan Nurfarawahidah Badruesham yang merupakan Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang dan sedang bercuti menyambung prngajian di peringkat Doktor Falsafah ( Ph.D )

Para peserta amat teruja dengan seminar ini dan seminar sebegini akan diadakan lagi dengan kerjasama di antara UiTM dan i-LEAD KBS.

Para pengelola seminar ini adalah
Dari i-LEAD KBS, Kem Wawasan Negara Maran
1. En. Sufian Yusof, Ketua Kem
2. En. Abdul Alif Ahlami bin Choohaimi
3. En. Muhammad bin Abdullah
4. Cik Nur Anis Fatima binti Amir
5. Puan Noor Afizai binti Abdullah

Dari UiTM Cawangan Pahang
1.En. Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamad@Che Harun, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar UCPh
2.En. Mohd Risham Jaafar, Felo IMPAK UCPh
3.Puan Norhaslinda Arun , Ketua Staf Residen Kolej UCPh
4.En Amar Sharuddin , Pegawai Eksekutif BHEP UCPh
5.Puan Siti Zaleha Hamid, Pegawai Eksekutif BHEP UCPh
6. Saudara Wan Izzul Hakim Wan Jamal Abdul Nasir, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UCPh

Pihak UiTM Cawangan Pahang mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak i-LEAD KBS bagi memantapkan pembangunan sahsiah dan jati diri para pelajar UiTM Cawangan Pahang.