Program Bangkel Vokal Nanyian dan Komunikasi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan yang di ketuai oleh En, Noradzely Amat Darmawi dengan kerjasama Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) telah menjalankan program Bangkel Vokal nyanyian dan Komunikasi. Program ini telah di adakan di Galeri KOMSAT UiTM Cawangan Sabah.

Program Bangkel Vokal nanyian dan komunikasi ini di adakan pada jam 8:00 pagi sehingga jam 4.00 petang pada 25 Jun hari Sabtu bertempat di Galeri Komas UiTM Cawangan Sabah. Program ini terbahagi kepada 3 sesi iaitu pengenalan, latihan dan amali Program ini telah menjemput dua panel yang masing-masing mempunyai latarbelakang seni suara di Sabah. Panel tersebut adalah Encik Rhowell Rolland iaitu seorang guru vokal dan pemilik Fortissimo Muzik Studio manakalah panel kedua adalah, Encik Rey Kimara seorang artis tempatan Sabah untuk memberi perkongsian menarik dan bermanfaat kepada peserta Bangkel Vokal ini.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada pelajar dalam bidang seni suara. Kemampuan mengusai kemahiran ini akan sekaligus meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi. Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat.