‘HEA Ride For Health’ – UiTM Cawangan Perlis

4 Januari 2022 (Jumaat)-  Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan aktiviti riadah bertemakan “HEA Ride For Health”. Program bermula dari jam 8.00 pag hingga 10.00 pagi bermula di Bangunan HEA dengan disertai oleh Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Program dan Kakitangan Pejabat Hal Ehwal Akademik sendiri dengan diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik iaitu Prof. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak.

“HEA Ride For Health” sesama rakan sepejabat bukan sahaja menyihatkan badan dan minda tetapi ianya juga dapat mengeratkan hubungan sesama rakan jabatan. Seramai lebih kurang 25 orang kakitangan Akademik dan Bukan Akademik telah menyertai program ini.

“HEA Ride For Health” bagi siri yang pertama ini telah melalui Kg. Padang Laut dan Kg. Padang Siding sepanjang 12 kilometer dari UiTM Cawangan Perlis. Lokasi UiTM Cawangan Perlis yang amat strategic bagi program kayuhan kerana ia melibatkan kampung-kampung ini yang jauh dari jalan utama bagi mengelakkan kesibukan kenderaan utama di jalan raya. Kehijauan sawah padi dan deruan sungai serta kicauan burung dan ungas memberi kesegaran minda buat peserta, dengan suasana yang mendamaikan serta lari buat sementara waktu dengan tugas-tugas hakiki.