Sembang Ofis Kita Siri 19 – BPPA

BPPA membuka tirai Tahun 2022 dengan menyambung kembali Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 19 pada 4 Januari 2022 yang lepas. Sesi kali ini bertajuk Pelupusan Kertas Soalan Peperiksaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Yazid Abu Amar, Kerani Kanan BPPA. Program atas talian yang menggunakan platform Google Meet ini bermula pada jam 10.00 pagi.

Pada sesi ini, staf dimaklumkan mengenai kertas soalan peperiksaan asal dalam sampul D akan disimpan selama dua (2) semester atau satu (1) tahun dan selepas mencapai 2 semester atau 1 tahun, kertas soalan tersebut boleh dibuat pelupusan.

Encik Yazid juga menerangkan tentang permulaan proses pelupusan kertas soalan iaitu staf terlibat perlu menyediakan senarai kod kursus bagi setiap Fakulti/Pusat. Kemudian staf berkenaan perlu mengisi Borang Am 492B dan Borang PTAR (JAU)/ Pelupusan Homogenous/ 05/2015 (PIN 2020) dan seterusnya menyediakan Surat Permohonan Kebenaran Melupus kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Selain itu, staf BPPA turut dikongsikan berkenaaan tatacara kelulusan melupus kertas soalan peperiksaan iaitu perlu menyediakan borang pelupusan kod kursus Fakulti/Pusat yang terlibat, menyemak kertas soalan dengan borang pelupusan dan akhir sekali.merincih kertas soalan menggunakan mesin perincih. Setelah proses merincih selesai, staf perlu mengisi borang penentusahan pelupusan untuk dihantar ke pihak PTAR.

Proses pelupusan kertas soalan yang terakhir adalah kertas soalan yang telah dirincih akan dihantar ke tempat pengumpulan kertas pelupusan di pusat pelupusan Bendahari. Diharap melalui perkongsian ini akan memberi kefahaman mengenai amalan terbaik dalam proses pelupusan kertas soalan peperiksaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.