Gerobok Rezeki Menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam Menjadi Pilihan Pelajar Dan Staf Yang Memerlukan

BHEI UiTM SHAH ALAM – Gerobok rezeki yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam BHEI, UiTM Shah Alam menjadi pilihan para jemaah dari kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi serta kakitangan yang memerlukan makanan.

Gerobok rezeki yang terletak di aras 2, Masjid Al Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam ini merupakan hasil daripada sumbangan para jemaah serta warga UiTM melalui Tabung Amanah Pusat Islam (TAPI). Melalui gerobok ini, mahasiswa atau staf yang memerlukan boleh mengambil makanan yang disediakan di rak secara percuma pada bila-bila masa sahaja.

Hasil tinjauan dilakukan, mahasiswa sangat berpuas hati dengan kemudahan gerobok rezeki yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) ini. Menerusi kewujudan gerobok rezeki ini juga, dapat memenuhi keperluan Sustainable Development Goal (SDG) , tujuan ke 2, iaitu Zero Hunger.

Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini dapat membantu warga UiTM yang memerlukan seterusnya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat para penyumbang Tabung Amanah Pusat Islam (TAPI), UiTM Shah Alam.

Sumbangan boleh disalurkan secara on-line melalui link yang disediakan ini : https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA/21/1

Semoga dengan sumbangan ini, tuan/puan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah S.W.T.