FSPU Turun Padang Dekati Pelajar B40

3 Mei – Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) UiTM Shah Alam, mengambil pendekatan berbeza dalam menyampaikan bantuan komputer Riba kepada pelajar golongan B40 dengan turun padang dengan menjejaki rumah ke rumah.

Sebagai permulaan, ‘Kick off’ program “FSPU Jejak Prihatin” ini telah menyerahkan kepada 2 orang pelajar sebagai penerima terawal yang berada disekitar Selangor. Pelajar tersebut ialah Nurul Syazliana Buang, 20 dari Kapar, pelajar jurusan Senibina Dalaman, dan Mohamad Adam Mohamad Fozi, 20 dari Sungai Besar Sabak Bernam pelajar jurusan Pengurusan Taman dan Ameniti.

Pada program ini, komputer riba tersebut telah diserahkan sendiri oleh Dekan FSPU, Prof TPr Dr Jamalunlaili Abdullah. Turut Hadir ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Sr Dr Mohamad Sufian Hasim, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Sr Ts Dr Muhammad Azwan Sulaiman dan Penolong Pendaftar, Mohd Suhaizal Suffian Nory.

Menurut Prof TPr Dr Jamalunlaili, pihak fakulti memilih untuk pergi rumah ke rumah para pelajar, adalah untuk melihat sendiri keadaan kediaman pelajar. Hal ini dapat mendengar sendiri permasalahan yang mungkin wujud sekaligus pihak fakulti dapat memberi bantuan berkaitan agar suasana pembelajaran secara jarak Jauh berada dalam kondusif. Beliau menambah, FSPU terus komited untuk membantu para pelajar yang memerlukan dari masa ke semasa. Para pelajar tidak perlu malu untuk menyatakan sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Pihak Fakulti berharap agar pelajar memanfaatkan sebaik mungkin komputer riba ini, seterusnya memanfaatkan sumbangan dari ini tujuan sesi pembelajaran sekali gus mempertingkatkan prestasi dan pencapaian akademik masing-masing” ujarnya lagi. Pihak FSPU turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pederma dan penaja yang telah memberi sumbangan dalam program ini.

Pada Awal Tahun ini, Pihak FSPU telah berjaya mengumpul Dana melalui sumbangan alumni FSPU melalui penajaan projek Korporat Buku Lima Dekad FSPU dengan kerjasama Persatuan Alumni Alam Bina (PAAB) dan akan mengagihkan sekurang-kurangnya 50 buah komputer riba kepada pelajar dalam tempoh terdekat.