Program Infaq Berbuka Puasa di UiTM Sarawak

Persatuan Pesara UiTM Sarawak (PERASA) MENERUSI Biro Kebajikan telah mengadakan Program Infaq Berbuka Puasa di UiTM Sarawak Kampus Samarahan pada hari Jumaat bertarikh 30 April 2021 yang lepas. Pada tahun ini Unit Polis Bantuan telah dipilih sebagai mengenang jasa dan pengorbanan serta penat lelah mereka bertugas di bulan Ramadhan.

Pada program berkenaan pihak PERASA telah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada satf Polis Bantuan yang bertugas pada hari berkenaan. Penyerahan juadah berbuka puasa telah disempurnakan oleh Encik Senian bin Malie mewakili Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara UiTM Sarawak kepada ASP/PB Mazlan Haji Takap, Ketua Unit Polis Bantuan mewakili pihak UiTM Sarawak.