Elemen Riuh Memeriahkan Riuh Palam Fiesta 2023, UiTM Puncak Alam

Puncak Alam, 27 Disember 2023 – Riuh Palam Fiesta telah diadakan pada 12 sehingga 15 Disember 2023 di Tapak Parkir Fakulti Farmasi dan Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Riuh Palam Fiesta ini juga dianjurkan oleh Eventasy Event Management iaitu pelajar tahun akhir bagi program Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian). Terdapat empat aktiviti utama yang dijalankan sepanjang empat hari festival berlangsung iaitu Pasar Riuh, eFuntasy Riuh, Malam Riuh dan Busking Santai. 

Pasar Riuh yang diadakan di Tapak Parkir Fakulti Farmasi  telah melibatkan sebanyak 26 vendor makanan dan barangan seperti pakaian dan aksesori. Selain itu, berlangsung juga aktiviti eFuntasy Riuh di mana konsep ‘mini funfair’ dibawa khas untuk para pelajar UiTM Puncak Alam bagi menebus e-merit fakulti. Antara permainan yang menarik minat pelajar adalah seperti Ring Toss, Baling Tin dan Penalty Kick. Tambahan lagi, Riuh Palam Fiesta ini juga telah ditaja oleh Hotlink, Jantzen Water (www.jantzen.com.my), Fuze Tea dan Fuji Bakery.

Beralih kepada malam kemuncak Riuh Palam Fiesta iaitu “Malam Riuh” yang diadakan di Padang Kawad pada 14 Disember 2023. Terdapat tiga aktiviti utama yang dijalankan iaitu Pound The Way, Muay Thai dan Busking Santai. Aktiviti Pound The Way bersama Pound With Hanis (PWH) telah mendapat sambutan yang hangat dari para pelajar serta komuniti sekitar Puncak Alam dengan 200 tiket habis dijual dalam tempoh 5 hari sahaja. Selain itu, aktiviti Muay Thai bersama Coach Reza juga mendapat sambutan daripada para peserta yang meminati sukan mempertahankan diri tersebut. Akhir sekali, Malam Riuh telah disempurnakan dengan aktiviti Busking Santai daripada Ameen Redza dan Ashraf. 

Kesimpulanya, Riuh Palam Fiesta yang dianjurkan oleh Eventasy Event Management dibawah bimbingan Puan Ayu Rohaidah Ghazali dan Encik Abdul Hamid Abdul Halim telah dapat memberikan impak positif kepada para peniaga, para pelajar UiTM Puncak Alam dan komuniti sekitar Puncak Alam. Festival ini juga dapat mencapai sasaran objektif dengan baik dan memenuhi permintaan para pelajar serta warga UiTM Puncak Alam secara keseluruhan.