Ekspedisi G.Kinabalu-UiTMCPP: Bendera UiTM Berkibar Megah

KUNDASANG, 6 September 2023 – Pada 2 hingga 3 September 2023 yang lepas, satu ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu telah dijayakan oleh 11 orang staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ekspedisi ini yang telah dirancang setahun yang lalu turut melibatkan penyertaan alumni seramai 5 orang. Bahkan, 8 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat tidak melepaskan peluang menyertai ekspedisi pendakian bersama-sama warga kampus.

Dengan bersandarkan fokus SDG ke-3 iaitu “Health & Wellbeing”, matlamat utama ekspedisi adalah untuk melahirkan warga yang berkompetensi tinggi menerusi latihan rintangan yang menuntut ketahanan mental yang tinggi.

Ekspedisi ini merupakan aktiviti di bawah kepimpinan Haji Bahman Jamaluddin selaku Pengarah Program, mendapat sokongan sepenuhnya daripada barisan kepimpinan tertinggi kampus.