Casuarina Food Fiesta

Puncak Alam 24 sehingga 26 November 2023- Program Casuarina Food Fiesta, anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah berjaya diadakan selama tiga hari berturut-turut dengan sambutan yang amat luar biasa iaitu sebanyak 6865 jumlah pengunjung hadir memeriahkan suasana.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar, kakitangan, serta orang awam untuk menikmati pelbagai jualan makanan dan minuman yang menarik sepanjang lokasi program. Dari makanan tempatan hingga hidangan antarabangsa, Casuarina Food Fiesta turut menyediakan platform kepada peniaga tempatan untuk mempamerkan kepelbagaian jualan mereka, termasuk jualan pakaian dan aksesori yang menyemarakkan lagi suasana beli-belah.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan sesi busking yang dipersembahkan oleh Persatuan Perseni. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa program yang telah bekerja keras merangka dan menjayakan program ini. Penghargaan juga diberikan kepada para pengunjung yang telah sama-sama hadir memeriahkan program ini.