Bicara Alumni FSPPP Bersama YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen

Program Bicara Alumni bersama YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA telah diadakan pada 16 Disember 2023 bertempat di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong 2, UiTM Kampus Seremban. Program ini merupakan anjuran bersama antara Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).

Dalam program tersebut, YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen yang merupakan alumni FSPPP telah berkongsi tentang pengalaman kerjaya beliau, khususnya bidang korporat. YBhg. Datuk menasihatkan para pelajar agar sentiasa membuat keputusan yang terbaik dalam menentukan hala tuju hidup dan kerjaya pada masa hadapan. Beliau menekankan kepentingan pemikiran terbuka dan semangat untuk terus mempelajari sesuatu perkara baru kerana ia adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Selain itu, beliau juga berkongsi beberapa tips kejayaan kepada para pelajar. Antaranya adalah sentiasa berdisiplin, menguruskan masa dengan baik, merancang strategi dan berpegang kepada prinsip “no excuses” dalam kehidupan dan kerjaya. Kita juga perlu bijak dalam memanfaatkan teknologi agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia masa kini.

Turut hadir dalam program ini adalah Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol bin Jono, Profesor Dr. Yamin Yasin, Profesor Madya Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith, Encik Zulhilmi Mohd Yunus, Dr. Zarina Mohd Zain, Dr. Mazlan Che Soh serta Majlis Perwakilan Pelajar FSPPP, UiTM Se-Malaysia.