Bengkel Perancangan Strategik Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik (BPPA) Tahun 2023-2025

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah berjaya menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik BPPA Tahun 2023-2025 pada 19 hingga 20 Disember 2023 bertempat Hotel Best Western I-City Shah Alam, Selangor.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengarah, pengurusan kanan BPPA, YBrs. Dr. Atikah Kadri, Felo (Gugusan Sains dan Teknologi), YBrs. Dr. Muhammad Huzaimi Haron, Felo (Gugusan Sains dan Kesihatan), Puan Siti Hajar Aznam, Felo (Sosial Sains dan Kemanusiaan), Puan Siti Nur Amalina Aznam, Felo BPPA, Ts. Nurzeatul Hamimah Abdul Hamid dan Encik Mohd Taufik Zamri @ Zimri, Ahli Collaborative Group (CG).

Turut dijemput YBrs. Dr. Sharifah Aliman dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, Ts. Erny Arniza Ahmad dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md. Noor dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, YBrs. Ts. Dr. Aslina Baharum dan Encik Amir Nor Azan Samar dari UiTM Cawangan Melaka.

Bengkel dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pengarah BPPA dan dimulakan oleh ucapan aluan serta Hala Tuju Akademik UiTM oleh beliau. Pada hari pertama, kesemua peserta terlibat diberikan penerangan berkenaan scene-setting, laporan semasa SAP2022 dan Pembentangan Model dan Fasa BPPA 2023-2025. Seterusnya perbincangan dalam kumpulan diadakan merujuk kepada Key Initiative(KI) Strategic Action Planning (SAP2022). Kumpulan telah diatur mengikut tiga (3) unit di BPPA iaitu Unit Pembangunan Pentaksiran dan Penilaian, Unit Pemantauan dan Audit Penilaian serta Unit Pengurusan Penilaian Akademik.

Pada hari kedua peserta dikehendaki membentangkan hasilan Model, Fasa dan SAP 2023 serta mengadakan perbincangan penyediaan Coffee Table BPPA. Seterusnya sesi terakhir membincangkan konsolidasi hasil dan keputusan.

Bengkel ini berakhir sekitar jam 4.30 petang pada 20 Disember 2022. Semoga segala input yang diperolehi daripada bengkel ini dapat diterjemah kepada keunggulan serta kejayaan BPPA di masa akan datang.