Bengkel Penyediaan Set Soalan Melalui QBS Bagi Penilaian Akademik Julai 2022

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Set Soalan Melalui QBS Bagi Penilaian Akademik Julai 2022 pada 8 hingga 10 Jun 2022 di Dewan Seroja 2, UiTM Shah Alam.

Bengkel yang dilaksanakan selama tiga (3) hari ini adalah untuk:

i) Memberi penerangan berkaitan Pelaporan CDL / CQI dan Pemantauan Kualiti Berterusan : Pentaksiran dan Penilaian;
ii) Memberi penerangan berkaitan Student Learning Time (SLT), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Jadual Spesifikasi Ujian Berterusan (JSUB) dan Jadual Spesifikasi Projek (JSP);
iii) Memastikan penyediaan dan penjanaan set soalan melaui sistem QBS bagi Penilaian Akademik Julai 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sistem QBS.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 105 orang peserta yang terdiri dari kalangan Penyelaras QBS dan Jawatankuasa NOBLe daripada Kolej Pengajian, Fakulti, Kampus dan Pusat Akademik seluruh UiTM. Pihak BPPA mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan bengkel ini.