Bengkel Pengurusan Kos Bersama Peniaga Kecil dan Sederhana

Pengurusan kos secara efektif amat penting bagi menjamin kelancaran operasi serta pencapaian hala tuju sesuatu perniagaan. Ianya juga memberi kesan terhadap keuntungan perniagaan serta kecekapan penggunaan sumber kewangan perniagaan. Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan pihak Peniaga Kecil dan Sederhana yang terlibat di dalam pengurusan kos bagi perniagaan masing-masing. Bengkel ini adalah projek di bawah cluster Strategic Management Accounting (SMA) Fakulti Perakaunan UiTM Puncak Alam. Seramai 27 orang peserta telah mengikuti bengkel sehingga ke majlis penutup. Ianya juga melibatkan 11 orang pensyarah Fakulti Perakauan daripada pelbagai cluster.

Para peserta yang hadir kelihatan sangat teruja di dalam mengikuti aktiviti yang telah dirancang sepanjang program. Di dalam sesi taaruf, para peserta diberi peluang berkongsi pengalaman perniagaan masing-masing yang mana secara tidak langsung mengiklankan perniagaan masing-masing kepada rakan peserta yang lain. Kemudian disusuli dengan ceramah berkenaan kepentingan pengurusan kos secara cekap serta pengurusan inventori secara teratur dan efektif bagi membantu kelancaran operasi perniagaan mereka yang disampaikan oleh PM Dr Tuan Zainun Tuan Mat, salah seorang daripada ahli penganjur bengkel. Di akhir sesi, peserta mengaplikasikan pengetahuan yang diterima di dalam perniagaan masing-masing di mana mereka diminta menyenaraikan kos-kos yang terlibat di dalam perniagaan masing-masing sebelum membuat pengiraan titik pulang modal serta lain-lain konsep yang berkaitan pengurusan inventori.

Selain daripada pengkongsian ilmu bersama peniaga kecil, bengkel ini jugak memberi peluang kepada barisan pensyarah menyumbang kepada pihak komuniti setempat selari dengan sahutan kerajaan di dalam menggalakkan perkongsian ilmu antara pensyarah dan pihak masyarakat, terutamanya Perniagaan Kecil dan Sederhana. Ini selaras dengan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 4 di dalam mencapai literasi dan numerasi sejagat serta matlamat pembangunan Mampan 8 di dalam meningkatkan kecekapan sumber.