Penyertaan Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM dalam Pertandingan Keselamatan Siber

Dalam era digital di mana keselamatan siber menjadi perhatian utama, pelajar Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM semakin berdaya saing melalui Kelab Cyberheroes UiTM (UCC). Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM telah merancang pelbagai aktiviti dalam meningkatkan kemahiran keselamatan siber kepada ahlinya untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar. Melalui penyertaan dalam pertandingan keselamatan siber, ahli-ahli UCC dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara berpasukan sambil mengasah kebolehan mereka. Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM telah menyertai beberapa pertandingan keselamatan siber sepanjang Oktober 2023 di antaranya Worldskills Malaysia University Challenge 2023, Petronas Inter-University CTF Challenge 2023 dan Curtin Malaysia Capture The Flag (CTF) Hackathon 2023.

Worldskills Malaysia University Challenge 2023 telah diadakan pada 2 dan 3 Oktober 2023, bertempat di UNIKL dengan menghantar 2 wakil dari UCC iaitu Nik Badrul Munir Bin Nik Sahazeman dan Amirul Hakim Bin Mohd Yusri dalam kategori Cybersecurity. UCC, KPPIM telah meraih tempat ke-7 dan ke-13 dari 40 pelajar dalam menyelesaikan soalan Capture The Flag (CTF) dan King of the Hill (KoTH) Challenge.

Seterusnya, pada 9 dan 10 Oktober 2023, Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM telah menghantar sebanyak 4 pasukan ke pertandingan Petronas Inter-University CTF Challenge 2023 yang bertempat di KLCC. Sebanyak 63 pasukan dari seluruh IPTA/IPTS dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini. UCC, KPPIM telah diwakilil oleh pasukan KUNY1T, B4W4NG, 0t5ut5uk1 dan H4LIA dimana pasukan KUNY1T telah menduduki tempat ke-6 dalam menyelesaikan masalah cybersecurity hacking.

Sekali lagi pada 14 dan 15 Oktober, UCC, KPPIM menyertai Curtin Malaysia Capture The Flag (CTF) Hackathon 2023 dengan menghantar sebanyak 11 pasukan yang disertai oleh 88 pasukan dari seluruh IPTA/IPTS di Malaysia. Pertandingan ini berlangsung selama 24 jam dan cabaran soalan dibahagikan kepada kategori SQL injection, Open Source Intelligence (OSINT) dan Reverse Engineering. Pasukan N4B4T12 dan Anymz telah berjaya mendapat tempat ke-6 dan ke-9 dengan membawa pulang hadiah saguhati sebanyak RM250.

Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM menekankan skill penggodaman beretika dan amalan keselamatan siber yang profesional kepada semua ahli-ahli kelab. Untuk menyertai Kelab Cyberheroes UiTM (UCC), KPPIM, pelajar UiTM boleh menghubungi:

Nik – +60 11-5766 2807
Nur – +60 17-846 1022