Bengkel Pengformatan Tesis Menggunakan Kaedah MZJ anjuran PTAR dan FSK UiTMCPP Kampus Bertam

BERTAM, 22 Ogos 2023 – Bengkel Pengformatan Tesis Menggunakan Kaedah MZJ atau Formatting Thesis Using MZJ Method Workshop telah diadakan di Smart Classroom, UiTMCPP Kampus Bertam. Program ini telah berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Bengkel ini di anjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UiTMCPP Kampus Bertam. Penceramah bengkel ini ialah Ts. Dr. Nor Raihan binti Mohammad Shabani, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan. Seramai 15 peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah.

Antara modul yang diajar ialah:
Modul 1: Menetapkan PC untuk pemformatan
Modul 2: Fahami templat DOTX
Modul 3: Pemformatan kandungan tesis
Modul 4: Menghasilkan tesis penuh

Bengkel ini diharap dapat membantu para peserta dalam menghasilkan penulisan tesis masing-masing menggunakan kaedah yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Zuli Jaafar yang juga digunapakai sebagai Garis Panduan Penyediaan Tesis UiTM.