Bengkel Bimbingan Penyediaan Laporan Jurutera Professional PKE Tahun 2023

Bengkel Bimbingan Penyediaan Laporan Jurutera Profesional PKE Tahun 2023 merupakan aktiviti Jawatan Kuasa Profesional peringkat Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) yang dipengerusi oleh Ir. Ts. Anees Bt Abdul Aziz.

Bengkel ini diadakan bagi membimbing pensyarah-pensyarah PKE yang telah menjalani latihan industri menyiapkan dokumen dan laporan bagi permohonan Jurutera Profesional. Bimbingan yang dilaksanakan oleh Ir. Dr. Zuriati Janin, pensyarah kanan PKE pada 21 dan 24 Ogos 2023 telah dihadiri oleh seramai 10 orang pensyarah.

Bimbingan yang dijalankan termasuklah mengisi semua borang permohonan yang berkaitan dan laporan teknikal mengikut syarat dan piawaian Board of Engineer, Malaysia (BEM). Hasil daripada bengkel yang telah dijalankan, 10 permohonan akan dimajukan ke BEM pada hujung tahun ini bagi melayakkan gelaran Jurutera Profesional (Ir) bagi tujuan peningkatan kerjaya dan akreditasi program universiti.