Program Jelajah Jejak Alumni UiTM Cawangan Kelantan, Datin Rita Sosilawati .

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2023 – Bersempena konvokesyen UiTM Cawangan Kelantan di DATC Shah Alam pada 16 Ogos 2023, UiTMCK telah mengadakan program Jelajah Jejak Alumni yang pertama iaitu dengan bertemu Datin Erni Dekritawati Yuliana Bukhari atau lebih dikenali sebagai Datin Rita Sosilawati yang sangat berjaya dalam pelbagai perniagaan yang diceburinya.

Pogram ini juga turut disertai oleh Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah – Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM, Prof. Dr. Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, dan seramai 20 orang delegasi daripada UiTM Cawangan Kelantan.

Lawatan rasmi dan santai ini adalah bertujuan untuk menjejak alumni yang berjaya, melantik mereka sebagai duta UiTM Cawangan Kelantan dan perbincangan tentang beberapa program bersama alumni yang bakal diadakan.

Pihak UiTMCK berharap segala yang diperbincangkan dapat direalisasikan dengan cemerlang dan dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Pautan video program seperti berikut:
https://www.instagram.com/reel/CwFNF9YJTSX/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==