Audit Kualiti Dalaman 2022 Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik (BPPA)

22 Disember 2022 (Khamis) – Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan Audit Kualiti Dalaman pada 22 Disember 2022 yang lalu. Audit tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khalilah Abdul Khalil, Ketua Pengajian Siswazah (Perancangan Strategik & Kualiti Akademik), Institut Pengajian Siswazah (IPSis) bersama juruaudit Encik Mohd Zahurin Ramli, Timbalan Pendaftar Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak.

Hasil daripada rumusan yang dibentangkan oleh Juruaudit, tiada sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan. Bagaimanapun BPPA telah menerima beberapa peluang penambahbaikan bagi memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sedia ada.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga BPPA kerana telah memberikan komitmen secara berterusan dan terus komited di dalam menambahbaik proses dan SPK jabatan agar sentiasa memenuhi piawaian ISO 9001 : 2015.