Annual General Meeting Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan

Program Annual General Meeting telah diadakan pada 19 Januari 2023 di Auditorium 2 Kompleks Khalid Yusoff UiTM Kampus Sungai Buloh. Program ini telah dihadiri seramai 150 orang pelajar yang terdiri dari penghuni Kolej RC1,RC2 dan RC3. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan. Annual General Meeting merupakan program tahunan yang mesti dilaksanakan oleh setiap persatuan setiap kali perubahan lantikan jawatankuasa dilakukan. Program ini merupakan sebuah platform yang terbaik untuk memperkenalkan barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang baru untuk sesi 2022/2023 kepada semua penghuni kolej supaya untuk memudahkan urusan berkaitan kolej kediaman.

Program ini juga membentangkan aktiviti dan laporan kewangan sesi lepas supaya semua pelajar cakna dengan program yang telah dilaksanakan untuk pembangunan sahsiah pelajar. Akhir sekali, program ini telah memberi peluang kepada penghuni kolej untuk bertanyakan soalan atau bertukar pandangan dengan saluran yang betul mengenai isu di kolej kediaman untuk kebaikan bersama. Program ini adalah salah satu platform terbaik diantara pelajar dan pihak pengurusan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan untuk menyuarakan pandangan mereka tentang penambahbaikan kolej Kediaman.