Lawatan Benchmarking Application & Scientific Discussion Universitas Islam Negeri Sumatera Utara – UITM Cawangan Melaka

ALOR GAJAH, 18 Januari 2023 – Seramai 55 orang delegasi dari Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Indonesia hari ini telah menjayakan program pengantarabangsaan menerusi siri lawatan akademik dan perbincangan ilmiah yang diadakan Dewan Syura Al-Mizan, Kampus Alor Gajah. Lawatan akademik ini merupakan penerus hubungan baik antara kedua-dua universiti diketuai oleh Dr. Andre Soemitra, MA – Ketua Program Doktor Ekonomi Syariah, UIN Sumatera Utara dan telah disambut oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini – Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Ismadi Bin Md Badarudin – Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman – Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof. Madya Dr. Mohamed Saladin Abdul Rasool – Pengarah Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF), Dr. Siti Normah Awang Tuah – Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Dr. Liza Marziana Mohammad Noh – Ketua Pusat Pengajian Siswazah dan Dr. Khairunnisa Abd Samad – Koordinator Jurnal Penerbitan Universiti.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua universiti menerusi perbincangan ini adalah kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan dengan penganjuran konferensi antarabangsa, serta program khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar.

Semoga usaha ini dapat mengukuhkan lagi jaringan akademik antara UiTM, khususnya UiTM Cawangan Melaka dan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Indonesia pada masa hadapan.