Majlis Penghargaan Mantan Staf Residen Kolej Dan Pengetua Kolej Kediaman UiTM Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

Universiti Teknologi MARA Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah mengadakan satu Majlis Penghargaan pada 19 Januari 2023. Majlis ini diadakan khas buat Pengetua dan Staf Residen Kolej (SRK) Kolej Kediaman. Ianya telah berlangsung di Auditorium 2 Kompleks Khalid Yusoff, Fakulti Perubatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan Ts. Rd Aidifitrina Binti Khirotdin yang tamat perkhidmatannya sebagai Pengetua dan juga Puan Sakinah Idris sebagai Staf Residen Kolej (SRK) Kolej Kediaman UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan.

Majlis telah dimulakan pada jam 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selepas itu adalah ucapan dan amanat dari kedua-dua yang diraikan. Semasa majlis berkenaan banyak ucapan nasihat dan pengalaman telah dikongsikan bersama pelajar dan pihak pengurusan universiti. Sepanjang ucapan kedua-dua diraika ini, mereka sentiasa berbangga kerana telah berkhidmat menjadi salah seorang pegawai yang dapat berbakti kepada hal ehwal pelajar dan kampus. Mereka juga menyatakan bahawa pengalaman di Kolej Kediaman adalah satu pengalaman yang cukup manis dalam perkhidmatan mereka berdua dan sentiasa mekar dalam ingatan.

Akhir kata, pihak pengurusan mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada yang dirai, selian itu pihak kampus juga akan sentiasa mendoakan kejayaan buat kedua-duanya agar sentiasa dilimpahi rahmat serta mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.