Ambilan Pelajar Pasca Siswazah Melonjak 2019-2020

 

Ambilan pelajar pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telah melonjak sejak promosi besar-besaran diadakan bermula 2018 lepas. Data terkini menunjukkan sehingga Mac 2020, sejumlah 155 pelajar Sarjana dan PhD secara penyelidikan telah direkodkan manakala jumlah pelajar MBA secara kerja kursus meningkat kepada 40 orang selepas tiada ambilan pada 2016-2017. Menurut Dr Samsudin Wahab, Ketua Pusat Pengajian, kempen ambilan pelajar ditingkatkan secara agresif melalui pelbagai saluran media sosial termasuk Twitter, Telegram, Whatsapp dan Facebook.