LIVE RAYA PERINDU : KAMI #PERINDUFAMILY


SHAH ALAM – Bagi menyemarakkan semangat Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal pada tahun ini, barisan pengurusan Kolej Perindu dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu Sesi 2020/2021 telah berjaya mengajurkan sesi LIVE RAYA PERINDU: KAMI #PERINDUFAMILY pada 30 Mei 2020 (Sabtu) pukul 5 petang yang lepas. Sesi live tersebut telah dianjurkan menggunakan platform Instagram Live bagi memudahkan sesi bersama tetamu dengan santai yang segak memakai Baju Melayu.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk para tetamu memberi perkongsian pengalaman Hari Raya mereka pada tahun ini terutamanya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dijalankan. Selain itu, tetamu juga menggunakan kesempatan sesi ini untuk memberi pendapat mereka mengenai lanjutan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), memberi pesanan agar terus patuh dengan arahan PKP serta memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM Shah Alam yang menonton terutamanya warga Kolej Perindu. Tetamu sesi live tersebut terdiri daripada wakil pelajar, wakil Majlis Bertindak, wakil JPK, wakil staf, wakil SRK dan yang paling penting Pengetua Kolej Perindu sendiri. Tambahan itu, Pengetua juga dalam kesempatan memberikan coretan pengalaman beraya bersama para SRK dan warga Kolej Perindu dimana majoritinya dari Sabah yang masih terkandas di kolej dengan amat meriah dan penuh kenangan bagi menaikkan semangat mereka sebelum mereka dibenarkan pulang ke negeri mereka.

Pengarah aktiviti NYDP JPK Farhan Najmi serta Pengurus aktiviti JPK Ikmal yang merupakan moderator untuk sesi live telah ditugaskan bagi memastikan kelancaran sesi tersebut berjalan dengan jayanya.

Aktiviti sebegini rupa diharapkan dapat diteruskan pada Syawal tahun hadapan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan berkongsi kemeriahan raya yang walaupun sekadar sederhana disebabkan PKP tahun ini, tetapi bermakna bersama semua warga Kolej Perindu.