E-Forum Antarabangsa Pasca Covid

Unit Pasca Siswazah bersama OIA UiTM Cawangan Pulau Pinang bakal menganjurkan e-forum bertemakan kesan  fenomena Covid 19 terhadap ambilan pelajar pasca siswazah dan program mobiliti pelajar di IPTA. Seramai 3 pembentang antarabangsa dan tempatan akan berforum iaitu Prof Dr Tulus Suryanto dari Indonesia, Prof Dr Juhary Ali dan Prof Madya Ir Dr Rashidy Ahmad Razali. Forum akan berlangsung seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 5 Jun 2020 (Jumaat)

Masa : 9 pagi

Tempat : Platform Google Meet

Semua dijemput sertai.