Alumni Berbudi,PPT Berbahasa

5

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM merakamkan ucapan terima kasih kepada alumni PPT, Seri binti Sukri yang turut menyumbang tenaga dan masa dalam mempromosikan Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM. Terkini, Seri bertindak proaktif dengan mempromosikan Program PPT UiTM menerusi akaun TikTok @Serisukri yang dilihat lebih berkesan dalam menyebarkan maklumat kerana aplikasi tersebut digunakan oleh sebilangan besar golongan remaja dan belia. Seri binti Sukri merupakan pelajar aktif lepasan Pra Diploma Perdagangan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat pada tahun 2018 dan kini sedang menyambung pengajian di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dalam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media.