Akademi Pengajian Bahasa Menerima Kunjungan Akademik Dari Beijing Foreign Studies University, China

Shah Alam, 8 Ogos 2023 – Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menerima kunjungan akademik delegasi dari Beijing Foreign Studies University (BFSU), China. Seramai tujuh wakil BSFU hadir yang diketuai Profesor Dr. Jia Wenjian selaku Naib Presiden BSFU. Semua delegasi telah disambut mesra oleh barisan pengurusan UiTM yang diwakili oleh Profesor Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar selaku Pengarah Rakan Kerjasama Strategik Global UiTM, Profesor Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri APB, Dr. Syamimi Turiman, Koordinator Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) APB, Profesor Madya Dr. Norhazlina Husin, Koordinator Penyelidikan dan Penerbitan APB serta Dr. Rozaimah Rashidin, Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu. Turut hadir barisan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu.

Kunjungan ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan hubungan antara kedua institusi dalam bidang pengajaran dan penyelidikan. Beberapa perkara yang berkaitan akademik telah dibincangkan dalam kunjungan tersebut, antaranya pengajaran kolaboratif, program pertukaran pelajar dan pensyarah, program pensyarah jemputan dan lain-lain. Selain itu juga, lawatan ini turut membincangkan peluang-peluang kerjasama, MoU/MoA dan usaha kolaborasi bersama rakan-rakan antarabangsa.

Diharapkan kunjungan tersebut membuka pintu bagi kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat bagi kedua-dua institusi pada masa akan datang.