AgroMIND Komited Laksana Penyeragaman dan Pemantauan Secara Sistematik bagi Produk Inovasi KIK,Dynamic Cultivator Blade

Pada 29 September 2023, wakil kumpulan AgroMIND Puan Suraya Abdullah telah membuat lawatan penyeragaman dan pemantauan penggunaan DCB di Kampus Jengka bersama beberapa orang staf ladang dari Kampus Jengka UiTM Pahang. Hasil dari lawatan tersebut, pengguna menyatakan DCB dapat menghasilkan plot tanaman yang lebih berkualiti dari segi saiz struktur tanah berbanding kaedah konvensional atau produk sedia ada di pasaran.

Selain itu, sesi penyeragaman dan pemantauan juga telah dilaksanakan di Kampus Jasin yang melibatkan 7 orang pekerja dari Unit Landskap Widad Facilities Management. Sesi ini telah dikenadilakan oleh Fasilitator Kumpulan, Puan Juliana Karim, Puan Nurulhuda Abdul Rahim, Puan Natasha Afzan Tamby Husin dan En Wan Azizi Wan Mat. Selepas penggunaan DCB, pemantauan penggunaan alat telah dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik untuk menilai keberkesanan produk. Hasil dari kaji selidik mendapati penggunaan Dynamic Cultivator Blade dapat meningkatkan kecekapan kerja di ladang berbanding kaedah konvensional atau produk sedia ada di pasaran Penggunaan teknologi seumpama ini diharapkan dapat membantu melestarikan bidang pertanian di Malaysia.

Dynamic Cultivator Blade atau digelar juga sebagai DCB merupakan produk inovasi yang dihasilkan oleh Kumpulan AgroMIND iaitu Kumpulan Kreatif dan Inovatif, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Jasin. DCB adalah mata bilah khas yang direka untuk aktiviti merumput dan menggembur tanah yang digabung dan dipasang pada mesin rumput. Penggunaan DCB untuk aktiviti penyediaan plot tanaman telah diperluaskan bukan sahaja di Kampus Jasin malah telah digunakan juga di Kampus Jengka, UiTM Pahang dan juga unit landskap dari Widad Facilities Management di UiTM Jasin. Oleh itu, penyeragaman dan pemantauan secara sistematik telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan produk yang digunakan.