Program Gotong-Royong Perdana UiTM, ‘Kita, Kampus dan Alam’

Pada 29 September yang lalu, telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana ‘Kita, Kampus dan Alam’ anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijalankan serentak di 34 kampus universiti itu di seluruh negara. Lebih mengujakan, program yang melibatkan 35,685 peserta merangkumi pelajar, kakitangan dan orang awam ini telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Ini merupakan gotong royong kali kedua bagi Pihak InQKA setelah aktiviti KUDAH (Kutip sampah sambil riadah) berjaya dijalankan pada 1 Jun yang lalu. InQKA juga mengambil peluang ini untuk sekali lagi mengemas, membersihkan, menyusun, mericih dan melupuskan dokumen-dokumen lama yang tidak diperlukan. Ianya selaras dengan amalan mengekalkan kebersihan terbaik dengan memastikan kawasan persekitaran tempat kerja bersih, kemas dan ceria.

Di akhir program itu, Naib Canselor Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor menerima sijil rekod yang disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records(MBR) Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi atas kejayaan UiTM merekodkan jumlah peserta teramai Program Gotong Royong Perdana.